Monday 28 September 2009

SOALAN LAZIM TENTANG PUSAT SUMBER SEKOLAH.

Slide 22

SOAL JAWAB TENTANG PUSAT SUMBER SEKOLAH?

  1. Apakah Pusat Sumber?

Pusat Sumber bukan sekadar sebuah tempat sahaja bahkan ia juga adalah merupakan PERKHIDMATAN, KOLEKSI BAHAN dan AGEN PERUBAHAN.



  1. Apakah konsep Pusat Sumber?

Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang

selesa.

Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat

dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.

Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan

perkembangan pendidikan.

Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di

bidang pembelajaran.



  1. Apakah objektif Pusat Sumber?

àKecemerlangan pendidikan


àPenggunaan kemudahan


àPemupukan tabiat belajar


àPenghasilan bahan




  1. Apakah fungsi Pusat Sumber?
  • Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • Pintu masuk maklumat dari agensi luar
  • Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
  • Pemgembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin



  1. Apakah ciri-ciri Pusat Sumber yang berkesan?


* Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS


* Terdapat bebagai aktiviti galakan penggunaan PSS


* Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses P & P


* Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi


* Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.


* Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum


* Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik .





  1. Apakah langkah pembentukan Pusat Sumber Berkesan?

· Penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan.

· Rancangan pengoperasian

· Rancangan pengurusan perkhidmatan

· Latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas)

· Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan.

· Orientasi dan penerangan kepada pelanggan

· Kemaskini rekod pengurusan (koleksi)

· Promosi dan galakan penggunaan.

· Penyemakan stok & penyediaan laporan tahunan




  1. Apakah kaedah pembelajaran Pusat Sumber (PBS)?

· meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran

· dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid

· bersifat individu atau secara kumpulan

· menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan



  1. Apakah komponen pembelajaran Pusat Sumber?

ä penggunaan buku teks

ä aktiviti penelitian

ä pencarian bahan dari pelbagai sumber

ä latihan penyelesaian masalah

ä penggunaan alat pandang dengar.




  1. Apakah dasar pembelajaran Pusat Sumber?

ä pengajaran melalui kerja projek

ä pengajaran unit yang berintegrasi

ä pendekatan berinterdisiplin

ä pembelajaran individu secara aktif




  1. Apakah ciri-ciri pembelajaran Pusat Sumber?

ä Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.

ä PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.

ä Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.

ä PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.

ä PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.

ä PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.


Perkongsian ilmu,

GPM, PSS SK Nuri.

2009